Memandangkan kerajaan masih berdolak dalih untuk bayar penyelarasan pencen walaupun Mahkamah telah keluarkan arahan bayar dalam kes Mandamus Aminah Ahmad, namun telah membayar pencen sebenar serta tunggakan sejak 2015 bagi setiap pesara Hakim, langkah seterusnya yang difikirkan perlu ialah untuk mengadakan satu Perhimpunan Aman untuk meminta PMX berjumpa dan mendengar sendiri isu-isu berikut dari wakil2 pesara:
# NAK DAPATKAN HAK DAN KEADILAN KENA SANGGUP BERGERAK1. Kerajaan enggan buat bayaran penyelarasan pencen walaupun Mahkamah-Mahkamah telah keluarkan penghakiman untuk Kerajaan bayar. Manakah kedaulatan undang-undangnya?
2. Bekas Hakim telah dapat pelarasan dan tunggakan dari 2015 (anggaran RM200k - RM400k seorang) sedangkan isu pelarasan pencen dan tunggakan pesara tentera dan awam, kerajaan masih lawan di Mahkamah. Manakah keadilannya?
3. Pencen SSPA 2024 masih tidak mematuhi Akta Penyelarasan Pencen 1980 bagi pesara awam dan Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap 1982 bagi pesara tentera.
Tinjau-selidik google form ini bertujuan utk mendapat anggaran jumlah rakyat Malaysia yang berhasrat mengambil bahagian dalam Perhimpunan Aman tersebut. Kami menyasarkan lebih kurang 10,000 orang peserta utk memberi impak yg maksimum kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu penyelarasan pencen ini dengan tuntas.
Sangat diharapkan semua yg ingin hadir dapat keluarkan duit belanja sendiri kerana pihak penganjur tidak mampu untuk menampung perbelanjaan semua yang datang. Jika kerajaan mengalah, semua pesara akan dapat kembali apa yang telah dibelanjakan. InsyaAllah.
Cadangan lokasi: Dataran Merdeka
Tarikh: Akan dimaklumkan apabila sasaran 10,000 orang tercapai.
Bagi siapa yang ingin hadir sila isi google form di link di bawah:
https://forms.gle/2EtqcQXkULENYuc8A
Setelah google form diisi, Tuan2/Puan2 akan dimasukan dlm satu grup whatsapp khusus untuk mengikuti perkembangan persiapan seterusnya. Selain no. HP saya dibawah, untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp (jangan call, dikhuatiri scammer) no. HP berikut:
a. 0134855304 (Anuar)
b. 0193894535 (Dato Rahman)
c. 0175371964 (Zin)
d. 0194485948 (Dato Jalil)
e. 0123088549 (Nossi)
f. 0189536738 (Kamisan)
g. 0105296708 (Saridah)
h. 01111866869 (Sukeman)
i. 0123242313 (Sharizah)
j. 0192335664 (Sahar)

Bullocks....no face profile on any of the names/ numbers listed above. Suspect its a deep state scam!
ReplyDelete