Seorang pengguna Twitter dengan nama Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen mendakwa bahawa Indonesia telah menolak usaha Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.
Indonesia has REJECTED Bahasa Melayu to be bahasa kedua ASEAN setelah bahasa Inggris.
— Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen (@TSDMujeebudeen) March 29, 2022
Jawapan mereka
" jumlah penutur bahasa Indonesia jauh lebih besar dari bahasa Melayu karena penduduk yang mencapai sekitar 279 juta jiwa. populasi orang Melayu di Indonesia hanya 5.5 juta shj "
Read it all here...............Dakwaan ini telah diciap di laman Twitter beliau sambil mendakwa bahawa Indonesia menolak Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ASEAN kerana jumlah penutur bahasa Indonesia jauh lebih besar dari Bahasa Melayu kerana penduduk di Indonesia mencapai 279 juta manakala populasi orang Melayu di sana hanyar 5.5 juta sahaja.
Ciapan Mujeebuden mula mendapat perhatian netizen dengan sebahagian daripada netizen menyelar tindakan Indonesia dan sebahagiannya lagi mengeluarkan kenyataan berbaur negatif. Melalui pemerhatian The Vocket, ciapan yang dibuat oleh Mujeebuden itu merujuk kepada salah satu laporan berita media Indonesia iaitu Detik di bawah tajuk “5 Perbedaan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, dari Penutur hingga Status.”

No comments:
Post a Comment
I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!