Pages

Thursday, August 03, 2023

KENYATAAN TERBUKA PRESIDEN PSPRM TENTANG PEGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI TENTANG PENCEN VETERAN ATM YANG DI BUAT PADA 31HB JULAI 2023

Apparently Sheikh Madani was trying to screw with the Veterans!!


Via WhatsApp : Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya, Mejar Hj Mior Rosli TUDM (Bersara) , selaku Presiden PSPRM yang mewakili semua PSPRM Cawangan Negeri dan PSPRM Daerah di seluruh Semenanjong Tanah Melayu( termasuk negeri2di bawah kerajaan Persekutuan), Sabah dan Sarawak ingin membuat kenyataan terbuka mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31hb Julai 2023 tentang untuk meyelesaikan isu pencen veteran ATM yang tidak pernah diambil peduli oleh KERAJAAN MALAYSIA, KEMENTAH dan ATM sejak 10 tahun yang lalu.

Olih kerana berbagai cara 'soft approach' telah di buat selama 8 tahun tidak mendapat respon yang menguntungkan kedua pihak, maka Saya dan ribuan veteran yang lain pada tahun 2022 telah menubuhkan PSPRM (Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia) dan seterusnya saya dan 49 ahli PSPRM telah membuat saman Permula dan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi [WA-24NCvC-3989-11/2022] terhadap:

1. KERAJAAN MALAYSIA,

2. PERDANA MENTERI MALAYSIA,

3. MENTERI KANAN PERTAHANAN MALAYSIA, dan

*4. MAJLIS ANGKATAN TENTERA.

Dalam perkara: Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel-Artikel 4, 5, 8, 41, 132, 137 dan 147, dan Dalam perkara Akta Angkatan Tentera 1972 khususnya seksyen 187, dan Dalam perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 khususnya Aturan 1 kaedah 12 dan Aturan 73.

BAHAWASANYA, YAB Perdana Menteri ( defenden no.2), tahu dan sepatutnya tahu isu ini sudahpun menjadi kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan di bicarakan tidak lama lagi. BAHAWASANYA, saya tidak mahu hujah panjang secara terbuka mengenai isu ini disini kerana jika saya berbuat sedemikian saya akan melakukan kesalahan menghina Mahkamah dan mendahului proses undang-undang.

Apa yang telah di umumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31.7.2023 adalah seolah-olahnya YAB Perdana Menteri telah megenepikan proses perjalanan Mahkamah, cuba membuat keputusan untuk mengatasi bakal keputusan Mahkamah dan seolah-olah telah menghina Mahkamah. Pada pendapat saya, YAB Perdana Menteri selaku defenden, atau defenden-defenden yang lain harus menghormati proses Mahkamah dan tidak mendahului Mahkamah.

Sebelum YAB membuat pengumuman secara terbuka, sepatutnya YAB Perdana Menteri atau Defendan-Defendan yang lain harus berbincang dengan saya atau dengan plaintif-plaintif yang lain atau dengan Peguam kami terlebih dahulu di luar Mahkamah kerana proses undang-undang masih dan sedang berjalan di mahkamah.

Pengumum YAB (saya lihat sebagai sebelah pihak) merupakan seperti janji-janji politik kerana kempen pilihanraya negeri sedang berjalan. Saya lihat YAB hanya membuat janji ( kemungkinan janji politik) pada semua veteran ATM seperti janji-janji yang terdahulu yang YAB pernah buat tetapi tidak di tunaikan.

Pengumuman YAB Perdana Menteri telah megelirukan dan memberi harapan yang amat besar kepada ratusan ribu veteran yang hidup susah dan kebanyakannya sudah lanjut umur dan sakit tua. Jumlah ini tidak termasuk ratusan ribu keluarga veteran yang juga hidup dalan daif dan susah.

Sekiranya apa yang YAB Perdana Menteri janji dan umumkan itu tidak di laksanakan seperti apa yang kami tuntut menurut hak kami didalam undang-undang, kami tidak akan teragak-agak untuk membuat pengaduan kepada Mahkamah supaya YAB diambil tindakan undang-undang.

Kami dari PSPRM sentiasa di pinggirkan oleh semua defenden seolah-olah kami ini adalah pengkianat negara dan kerajaan. Kami menafikan semua itu kerana perjuangan kami mengenai pencen hanya berlandaskan hak kebajikan yang harus di berikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada tetapi di nafikan.

Sekian, Wassallamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Mejar Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)

PRESIDEN PSPRM

1hb Ogos 2023

No comments:

Post a Comment

I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!