Pages

Thursday, March 28, 2024

PESARA AKAN MENDAPAT BAYARAN PENCEN TAMBAHAN BERMULA JANUARI SEHINGGA DISEMBER 2024

Ini untuk pesara awam. Isu kita tidak sama. Kita (PSPRM)tuntut peyelarasan pencen yang tidak di buat bagi tahun 2013 apabila anggota dalam perkhidmatan di naikkan gaji. Kita hanya di bayar kenaikkan 2% setahun mulai Januari 2013.

Angka 2% ini tidak di masukan di mana-mana peraturan termasuk P.U. (A)123 bth 1982. Apa yang kami tuntut adalah peyelarasan pencen yang sama dengan mereka yang bersara selepas 2013.

Bagi persara awam mereka dapat pencen 60% dari gaji terakhir mereka. Bagi Anggota tentera, mereka yang berpangkat mejar kebawah yang berkhidmat kurang dari 25 tahun hanya mendapat pencen 50% dari gaji terakhir.

Sepatutnya untuk berlaku adil, kerajaan harus beri semua persara Tentera pencen 60% walaupun mereka berkhidmat kurang dari 25 tahun kerana Anggota Tentera kerja 24jam berbanding dengan awam yang hanya berkerja 8 jam sehari.Anggota Tentera (LLP) membayar LTAT sepanjang 21 tahun Saya tidak mahu "jump the gun" sehingga MAT membuat keputusan berapa % yang mereka nak bayar.

Saya nak peringatkan kepada MAT bahawa menurut Seksyen 187 AAT72, MAT mempunyai kuasa am YDPA untuk membuat peraturan pencen dan MAT juga mempunyai kuasa untuk membuat peraturan pencen secara kebelakangan (Retrospectively) kesuatu tarikh sebelum Akta Angkatan Tentera 1972 dibuat.

Maka marilah kita tunggu dan lihat kebijaksanaan dan keadilan MAT untuk memutuskan apakah angka pencen kebelakangan (backdated) yang harus di bayar kepada veteran yang bersara (berpencen) sebelum 2013 sehingga 2024. Selepas ini di selesaikan, barulah kita boleh lihat berapakah peyelarasan pencen yang harus di buat bagi kenaikan gaji 2024.

In bermakna mereka yang bersara sebelum 2013 mempunyai dua penyelarasan sekiranya kenaikan gaji 2024 di luluskan. Saya juga ingin memperingatkan kepada Kerajaan, JPA dan MAT bahawa anggota awam bayar KWSP hanya 3 tahun sahaja tetapi anggota tentera (LLP) bayar kepada LTAT sepanjang 21 tahun.

Pesara yang mencarum kepada KWSP dan LTAT juga melabur didalam KWAP untuk membayar pencen mereka. Bagi pegawai yang bersara sebahagian dari gratuiti mereka juga di potong.

Saya harap isu ini juga jangan di lupakan - Major Meor Rosli, PRESIDEN PSPRM. 18.3.24

No comments:

Post a Comment

I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!