Pages

Thursday, April 03, 2025

928126 Cpl Zainuddin bin Ahmad of Seventh Rangers

The Launch Of The Memorial On The 3rd Of May 2023

Corporal Zainuddin Ahmad is the only known survivor of the deadly ambush which plucked away 15 lives. I visited him in his home today. Had a deep and meaningful converstion with him. 3 rounds hit him, below his armpit, his left knee and one more round which severed a finger of his right arm. He cannot converse long as he runs out of breath, he is supported by oxygen continuously. He wishes to extend his profound gratitude and thanks to all who have supported him through these trying times. Thanks to MACVA, the Sarawak state government, Lt Col Ratnam, Lt Gen Stephen Mundaw, Sarawak Veterans and General Zamrose.

Corporal Zainuddin was looking forward to this commemoration of the memorial along the Lundu/Biawak road at Kampomg Jakar. Alas it was not to be as Covid struck and he fell ill.  

In deep conversation with Cpl Zainuddin

The bitterness is still in the mouth and the pain deep in our hearts. Fifty years have passed, the lives lost should not be lost in vain. It was that un-fateful day on 26th March 1972, that an admin convoy from 7th Rangers, comprising an assorted group of ‘bottle washers’ was ambushed by a group of about 30 - 40 Communist Terrorists (CTs) along the Lundu-Biawak road

The Enemy with captured 7th Ranger Weapons after the ambush, all weapons were recovered. All the Enemy who were posing with arrogance in this picture were later killed by 7th Rangers

At that time, 7th Ranger’s main fighting force was operating in the Serian area in a special operation under 3rd Malaysian Infantry Brigade, Kuching, Sarawak. In the ambush, 15 soldiers were killed, 4 were wounded and the CT group captured a number of weapons and a TRA 906 radio set. As this news dawned upon the unit’s fighting echelons in Serian, blood boiled past threshold levels. Having lost 15 of our soldiers there was little we could do from Serian, some 150km away from Lundu where 7th Rangers was stationed. Under our breaths we wowed revenge. Operation BELA was launched.

The truck is a Bedford Truck, it was completely destroyed, most of the casualties were from this truck. It was one of the vehicles on the road
Kesan tembakan bertubi-tubi ke arah trak Bedford di belakang Land Rover membuatkannya gagal dikawal lalu tersadai di tebing sebelah kiri jalan yang juga merupakan kedudukan musuh. Tembakan musuh telah mencederakan 928353 Rjr Zainuddin bin Ahmad yang diciumi oleh tiga butir peluru di lutut kiri, jari telunjuk kanan dan dada di bawah ketiak sehingga darah membuak keluar dari mulutnya.
Ambush Position

Sejurus kemudian beliau jatuh tertiarap ke atas lantau. Sementara itu, tembakan musuh telah mengorbankan serta merta pemandu trak Bedford kedua sehingga mengakibatkan kenderaan tersebut terbalik di tebing sebelah kanan jalan. 930474 Rjr Shahar bin Yayaha yang diciumi oleh peluru musuh terus pengsan. Dalam keadaan begitu kelam-kabut, Kpl Yahaya telah terjun dari kenderaan dan menyembunyi diri.



Serangan ini telah mengorbankan beberapa anggota serta merta dan ada yang cedera parah. Setelah memastikan wira-wira negara sudah lumpuh, satu kumpulan pengkhianat negara turun dari lokasi serang hendap dan naik ke atas kenderaan untuk merampas senjata-senjata dan set radio. Menurut 928353 L/Kpl Zainuddin bin Ahmad, kedudukan kenderaan berada dalam zon membunuh menghalang mereka bertindak balas.

Beliau selanjutnya memberitahu beliau yang tertiarap di lantai kenderaan dan menyamar mati, dicampak oleh musuh ke jalan raya bersama mangsa-mangsa lain bak membuang sampah. Sungguh zalim! Mengimbau kembali insiden ini, beliau menceritakan tanpa diduga bak cerita filem, tiba-tiba hujan panas turun dengan lebatnya selama lebih kurang lima minit seolah-olah mahu membersihkan jalan laterit yang dibanjiri dengan darah pejuang-pejuang negara!

Menurut L/Kpl Zainuddin lagi, beliau dan 452752 Rjr Alimin bin Ibrahim dimuatkan dalam Ferret Scout dan dibawa ke Lundu. Mereka terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke Titi Akar kerana kenderaan tersebut tiada tempat untuk penumpang. Dari Titi Akar mereka dipindahkan ke Hospital Lundu untuk mendapat rawatan.

Walau bagaimanapun, kecederaan mereka begitu serius dan Hospital Lundu tiada kemampuan untuk merawat mereka sebaliknya mereka perlu dihantar ke Hospital Umum Kuching untuk mendapatkan rawatan sewajarnya untuk menyelamatkan mereka. Persoalan yang dihadapi oleh 7 Renjer ialah bagaimana mangsa-mangsa dihantar ke Kuching.

Malam sudah menjelang dan penghantaran melalui jalan raya tidak dapat dilakukan kerana feri untuk menyeberang Sungai Lundu tidak beroperasi dari jam 6:00 petang hingga 6:00 pagi keesokan hari selain mengambil masa lama dan juga berbahaya. Pilihan terbaik ialah meminta perkhidmatan Nuri. Justeru, 7 Renjer telah menghubungi 3 BIM memohon supaya Nuri membuat penerbangan casevac malam itu.

Dua orang mangsa, iaitu Rjr Zainuddin dan Rjr Alimin dinaikkan ke dalam pesawat tanpa enjin dimatikan. Seterus, kapten pesawat berlepas dengan kaedah menaikkan pesawat secara menegak kepada ketinggian selamat dan seterusnya mengalih pesawat ke pantai seperti laluan sebelum ini untuk terbang balik ke Kuching. Pembantu juruterbang pula menala kompas radio ke frekuensi Radio Kuching.

Mereka mendarat di Lapangan Terbang Kuching yang diterangi oleh lampu landasan pada lebih kurang 11:00 malam. Mereka disambut oleh beberapa pegawai dari 3 BIM dan seterusnya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Kuching dengan dua buah ambulans. Rjr Zainuddin ditahan di hospital selama lebih kurang satu setengah bulan dan seterusnya dimasukkan ke Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di Kuching selama satu setengah bulan sebelum kembali ke unitnya

Read the whole piece by Major Nor Ibrahim XNuri pilot here......

No comments:

Post a Comment

I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!