Pages

Wednesday, July 22, 2026

AYUH HADIR BERAMAI-RAMAI! SOKONG PERJUANGAN PENYELARASAN PENCEN

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya

Mengapa kehadiran anda sangat penting?

Jika kita tewas dalam kes ini:

❌ Bagi Pesara Sebelum 2013
Jurang pencen dengan pesara selepas 2013 akan terus melebar.

❌ Bagi Pesara selepas 2013
Jurang pencen akan mula berlaku setiap kali kerajaan menaikkan gaji penjawat awam tanpa penyelarasan pencen.

Jangan biarkan perkara ini menjadi realiti.

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa pesara dan veteran ATM bersatu mempertahankan hak penyelarasan pencen.

Jika kita sendiri tidak hadir mempertahankan hak kita, jangan harapkan orang lain akan memperjuangkannya untuk kita.

KEHADIRAN ANDA ADALAH KEKUATAN KITA.

Sila sebarkan kepada semua pesara ATM dan awam.

Lt Kdr Rafique Ali Bin Ahmad Nordin (Bersara)
16 Jul 2026

No comments:

Post a Comment

I do not aim to please anyone. This is my blog, there is no blog like this. I am not mainstream. Read my disclaimer before posting comments and threatening me. Not to worry, I will not quiver in my boots. If you are not happy, no problem, just take a hike!!